SHAKLEE COLLAGEN PLUS POWDER
Bila sebut kolagen pasti ramai yang terlintas dalam kepala tentang kecantikan atau kulit yang cantik. Padahal kolagen ini banyak fungsinya dalam tubuh manusia. Kolagen adalah protein paling banyak di dalam tubuh badan kita. Kebanyakan bahagian tubuh badan kita terdiri dari kolagen contohnya kulit, tendon, ligamen, otot, tulang, gigi, kuku, mata, rahim dan jantung kita.
Penghasilan kolagen secara semulajadi dalam tubuh badan kita akan semakin berkurang dan perlahan apabila usia kian makin meningkat. Proses ini akan menyebabkan berlakunya tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kulit kendur dan sakit sendi. Faktor gaya hidup yang lain seperti kerap makan makanan tinggi gula, merokok dan selalu terdedah kepada cahaya matahari akan semakin mempercepat kurangnya penghasilan kolagen di dalam badan kita.
Kandungan Kolagen Shaklee
Pemilihan kolagen Shaklee, adalah dari ekstrak Sisik Ikan Laut (Ikan Merah laut dalam) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang sangat tinggi di bawah air. Ini menjadikannya sumber kolagen yang sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kolagen dari sumber ikan adalah yang terbaik berbanding sumber lain seperti haiwan (ayam atau lembu) dan tumbuhan. Kolagen dari sumber ikan memiliki peptida dengan asid amino yang spesifik serta kepekatan glycine, hydroxyproline dan proline.
Kadar Penyerapan Kolagen Shaklee
Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi molekul yang sangat halus iaitu 1,000 Dalton yang mudah di serap oleh badan pada lapisan derma dengan lebih cekap. Semakin halus molekul sesuatu kolagen semakin bagus dan baik kadar penyerapannya.






